Monday, March 15, 2010

Mathematics Paper 1

Bentuk Soalan Kertas 1
1. Kandungan soalan Matematik Kertas 1 mencakupi semua topik dalam sukatan pelajaran dengan kemahiran yang lebih tinggi daripada kemahiran asas.
2.Berdasarkan soalan lalu, bentuk soalan Kertas 1 boleh dibahagikan kepada dua, iaitu
* soalan bentuk lazim (mekanikal)
* soalan penyelesaian masalah

3. Antara 8 hingga 10 soalan yang dikemukakan dalam bentuk soalan mekanikal yang berdasarkan angka dan simbol operasi. Dalam soalan ini, calon hanya perlu membuat kiraan terus berdasarkan operasi yang ditetapkan. Sebagai contoh, 6 785 x 89 = 603 865. Sekitar 30 soalan lagi dikemukakan dalam bentuk penyelesaian masalah. Soalan ini melibatkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Sebahagian besar soalan berbentuk penyelesaian masalah ini disertai dengan rajah , jadual, gambar rajah, jadual maklumat dan graf. Calon perlu ingat bahawa rajah, gamabar rajah, jadual maklumat dan graf itu merupakan sebahagian daripada soalan.
Berdasarkan analisis, kita dapati 5 topik yang paling popular dikemukakan dalam Kertas 1 ialah

1. Wang

2. Pecahan

3. Perpuluhan
4. Peratus

5. Ruang
Kebanyakan (75%) soalan Kertas 1 memerlukan kefahaman kepada ayat dan perkataan yang digunakan. Calon perlu memikirkan cara, langkah dan bentuk yang jelas dan boleh melihat sesuatu masalah dengan pelbagai gambaran.
Kesimpulannya, untuk menguasai Matematik Kertas 1, calon perlu mahir, faham dan boleh menguasai semua topik dalam sukatan pelajaran. Oleh itu, pelajar dinasihatkan membuat banyak latihan secara berterusan supaya dapat melatih diri menyelesaikan pelbagai masalah Matematik dengan betul dan mudah.
Langkah itu perlu kerana Matematik tidak seperti matapelajaran lain yang boleh dipelajari menerusi pembacaan. Dengan latihan yang banyak, pelajar pastinya akan dapat mengukuhkan dan meningkatkan lagi tahap penguasaan dalam
Matematik
.

No comments:

Post a Comment